Monday, December 26, 2011

Pelayaran Seorang Pelayar part 1

Ade seorang pelayar, namanya Azhara Mamzer. Cita-citanya ingin mengelilingi dunia secara SOLO.

Mempunyai sebuah kapal layar bernama Union Joke, berukuran 5 meter lebar, 23 meter panjang, dan tiang layar setinggi pokok kelapa muda yang enak airnya.

Kapalnya dilengkapi sistem kompas, petunjuk arah bintang, kemudi kapal, kain layar, enjin V6 8 kuasa rusa, tandas, bilik study, radar, anti-missile dan paling canggih, anti-lipas.

Apabila berpuas hati, beliau memulakan pelayaran solonya itu. Pelayaran beliau mendapat liputan di ESPNN, Al-Jazeeroze, C&N, Buletin Utara serta Harian Metrik. Menuju ke arah timur, tempat persinggahan pertama beliau adalah Kepulauan Tiomon, timur gagasan Machapelanggo.

Tiba disana, beliau disapa oleh seorang nenek bertanya : ' 95, 97, diesel, NGV ?' Dengan nada berbisik Mamzer menjawab : 'sshhhhhh! enjin ada, tapi casing saja, dalam kosong'.. nenek itu tersenyum sahaja sambil usha-usha enjin bot yamaha 8 kuasa rusa itu.

Mamzer singgah ke 7-Eleven untuk top-up Touch n Go Away nya serta top-up Diji RM0.50 . Beliau tiba-tiba teringat rakan karibnya, Chang Choo Ter mengirim kuih Seri Wajah , beliau pun membeli di gerai terdekat dan mengirim kuih tersebut melalui 'POs Pantas, Dijamin Sampai Kejap Lagi!' .

Berpuas hati dengan slogan syarikat pos itu, Mamzer menurunkan layarnya dan Destinasi seterusnya, Pulau Pinang Sebatang ................................

bersambung ...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...