Saturday, December 31, 2011

Keputusan Majlis Olahraga Daerah Pedalaman Thailand tahun 2011

Salam sejahterakan, saya Karam Seng Mamalia ingin melaporkan tentang Majlis olahraga daerah pedalaman Thailand tahun 2011. Sukan ini bermula pada 29 Disember lalu dan berakhir pada hari ini, 30 Disember 2011.

Tema sukan ini ialah 'Bersama mengeluarkan peluh untuk sihat, selain memancing haruan diparit'.

Sukan ini dirasmikan oleh JKKKKKKK , Tan Sri UluCoh Kulayjeye . Ketika ucapan perasmian, Tan Sri menyatakan hasratnya untuk masukkan selatan Thai ini kedalam kawasan Malaysia tapi kerajaan Siam tak bagi, selain itu, beliau berbesar hati kerana dijemput untuk merasmikan Majlis yang tak seberapa ni (tak ada STANDARD dia cakap) , seterusnya beliau berbangga kerana menyangka orang kampung ini hanya pandai tangkap haruan, tetapi boleh bersukan depan muka yang riak hingga giginya terkeluar.



29 Disember, acara pertama di Kejohanan Olahraga Daerah Pedalaman Thailand dimulakan dengan acara 100m lari berlumpur, antara peserta dari luar yang menyertai ialah Husen Bot, jaguh dunia dari negara Vietnam serta Watson Nyam Nyam dari Filipina. Pemenangnya ialah Husen Bot dengan catatan masa 6jam 9minit 04.66 saat
mengatasi rekod tahun lepas, Hasim But dengan masanya 3 hari 2 malam.

Selepas itu acara bagi warga emas, memanjat pokok kelapa.
Lebih 1000 warga emas dari seluruh dunia kempunan untuk menyertai acara ini malah ada yang sanggup masuk ke negara ini secara haram. Pemenang acara ini ialah Gobi Dezet (dalam gambar) dengan pokok berketinggian 700m tinggi dengan catatan masa 2.09saat. Ini merupakan rekod baru bagi kejohanan ini.


Tamat sudah acara pada 29 Disember 2011.


Kini kita kembali mengganas pada 30 Disember. Acara pada hari ini ialah 100m lari berguni berpagar , 400m lari bogel serta Kuak kupu-kupu berpagar di Parit.

Seawal jam 4 pagi lagi, penonton mula membanjiri Stadium Gelora Siam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, polis trafik, JPJ, Jabatan Haiwan Ternakan serta Persatuan Kedai Kopi turut menjalankan tugas mereka.

4.01 pagi, 100m lari berguni berpagar berlangsung. Acara ini dimenangi oleh Azahara Mamzer dari Segamat, Johor dengan catatan masa 1.90 saat mengatasi pemegang rekod, Berus Li dengan masa 2 saat. Dikatakan penduduk di Segamat cuti seminggu atas kejayaan ini.

4.02 pagi, bermula acara 400m lari bogel. Segala maklumat di rahsiakan.

5 pagi. Acara Kuak Kupu-kupu berpagar bermula, lebih 8Juta peserta termasuk dari Planet Namek menyertai, hampir separuh mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah, 800 peserta lagi cedera dimasukkan kedalam sebuah lori sebelum tiba di hospital berdekatan 2 hari kemudian.

Hari kemuncak, 31 Disember 2011, acara hari ini ialah Lompat Gunung, Terjun Gaya Bebas serta Lari berganti sambil dibelit ular sawa.

Acara pertama ialah Lompat gunung. Acara ini berlangsung dari kawasan Banjaran Titiwangsa Maju Seksyen 19. 69 peserta menyertai acara ini. Acara ini memerlukan seorang peserta untuk terjun dari gunung dengan ketinggian tertentu, apabila peserta tiba dibawa tanpa nyawa, sekaligus terbatal.
Pemenang acara ini ialah bomoh dari Kepulauan Jawa, Jong Waka-waka Sari dengan ketinggian 500m. Jong sahaja satu-satunya pemenang kerana peserta lain mati ditempat kejadian. Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Kampung Cendol untuk waris menuntut mayat mangsa, saksi kejadian diminta tampil untuk siasatan.

Acara kedua lewat sedikit kerana juruacara sakit perut. Acara Terjun Gaya Bebas berlangsung di kaki Gunung Foreverest. Dalam acara ini, peserta perlu melompat diatas papan berketinggian 5 meter dengan membuat gaya tertentu dengan kadar tertentu sebelum masuk ke dalam air parit. Pemenang acara ini ialah seekor kera pemanjat pokok dari Terengganu dengan kutipan mata -90 markah.

Acara kemuncak, acara paling dinanti-nantikan, dikatakan kesesakan lalulintas sepanjang 800 tiang sepanjang jalan ke Stadium.Acara ini ialah 5km Lari berganti sambil dibelit ular sawa.
Acara ini memerlukan empat orang peserta dalam satu pasukan di mana seorang perlu berlari 5KM sambil membelit ular sawa dileher sebelum menyerahkan kepada rakan mereka untuk meneruskan acara.
Ramai peserta pelari pertama yang mati akibat tercekik selain dilanggar ambulans yang melintas sesuka hati. Satu kumpulan sahaja yang berjaya memenangi acara ini ialah kumpulan Penggali Emas Mersing dengan catatan masa 5jam 49 minit 8saat.

Maka berakhirlah kejohanan ini. Olahragawan bagi acara ini ialah Peletum Tum Bobby dari negara Hindustan dengan kutipan 5 gangsa.


Saya mengucap ribuan dan jutaan terima kasih kerana sudi tengok laporan merapu ini. Saya Karam Seng Mamalia melaporkan dari Berita Junk Words.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...