Wednesday, December 28, 2011

Pelayaran seorang pelayar part 2

3 hari di lautan biru yang luas dan padat, Azahara Mamzer, atau nama panjangnya 'Azaharasasayang Hei rasasayangsayang hei Mamzer' . Tiba-tiba, teropong dilengkapi infrared yang dibeli di Hypermarket Giant Stulang mula menampakkan tanda-tanda.

'Walaoweyh, ada pulau punnnnn' kata Mamzer dengan perasaan sedikit riak, tertulis di perairan 'Pulau Pinang Sebatang, 4KM, AWAS KAWASAN BOT KARAM'DILARANG MEMOTONG, KABUS TEBAL' . Dengan berhati-hati Mamzer mengemudi, akhirnya tibalah di pulau yang di tujuinye pun adoi. Melihat peranti BlackBerracknya, tugas pertamanya mencari sejenis buah bernama Pisang Emas.

Dengan perasaan berkobar-kobar ditambahkan dengan sedikit perasaan kecewa kerana Pulau itu hanya ada sebatang pokok Pinang, yang lain padang pasir yang meluas. Menambahkan lagi cabaran bagi mencari Pisang Emas itu. Dengan menggunakan kompas pemberian Jack Sparrow





'Wah, arah sana!' jerit Mamzer..

Untuk pengetahuan tuan puan yang tak tengok filem Pirates Of The Caribbean, kompas ini tidak menunjukkan arah utara, tetapi mengikut gerak hati si pencari ni. Oleh kerana Mamzer ini mencari Pisang Emas, maka arah itulah yang ditunjukkan oleh kompas. Terasa dahaga, ditengah-tengah padang pasir Mamzer terlihat satu bangunan, samar-samar oleh terik matahari,

'eh, tu Fruity 2T , lapar ni, pergi balun jap ah' . dengan kelajuan minima, Mamzer berlari ke kedai itu. Setibanya di kedai itu, Mamzer hairan kerana tiada seorang pun manusia di kedai itu. Mamzer tersentap apabila seorang lelaki muncul dengan rambut dreadlocknya... 'WAH, BOB MARLEY!!!' jerit Mamzer.

'Otak kau, ni akulah, Jack Sparrow, Kapten Pearl Hitam. Kedai ni dah 2 tahun aku buka, seorang pun tak datang, eeehh, Mamzer, pinjam Union Joke, tukar pakai dengan Pearl Hitam aku nak?' kata Jack.

Dengan senang hati Mamzer setuju dengan tawaran itu dengan syarat mereka harus tukar balik kapal mereka di pelabuhan Tortu-gay 4 bulan kemudian. Jack mengangguk tanda setuju dan berlari ke arah Union Joke. Akhirnya Mamzer tersedar dia ditipu Jack kerana kapal Pearl Hitam terdampar di tengah-tengah padang pasir itu. Alangkah sedihnya hati Mamzer, ibarat bercinta ditepian sungai, cinta tepian parit lagi indah.

Dia terus mencari Pisang Emas itu untuk dibawa pulang dengan niat untuk membeli kereta Fellari buatan Kuala Selangor. Setelah 4 hasta berjalan kaki, kompasnya mula tidak keruan, ibarat cinta pandang pertAMA, Mamzer berhenti, kompasnya menunjukkan satu tempat. yang dicari disangka emas, rupanya kertas iklan sahaja.

Bertambah remuk hatinya ibarat sudah dilanggar keretapi, dihentam pula monorel. Dibuka kertas itu lalu dibaca :' Pisang Emas dibawa belayar ............' rupanya Pisang yang disangkanya EMAS itu hanyalah pantun orang Melayu. Lalu dibaca lagi:

' Pisang Emas dibawa belayar,
Padan muka kena tipu,
Kapal Pearl Hitam masih bersinar,
Jilat dulu ketam batu, haha, kau boleh berambus dulu...'.

'Peliknya pantun ini, jilat ketam batu?' dia sedar, ketam batu hanya ada diparit dikampung terletak di Sungkai, Perak juga terdapat di pedalaman Gua Musang. Sedih hatinya, berjalan ke kapal Pearl Hitam yang terdampar ditengah-tengah gurun , sambil menangis Mamzer menarik kapal sebesar bas Mayang Sari itu, tetapi tidak bergerak seinci pun ...... lalu dia buka Google melalui peranti Blackberracknya lalu mencari maksud pantun itu, tiba-tiba ........

bersambung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...