Monday, January 2, 2012

7 terkorban dalam satu nahas

KULAIJAYA: 7 terkorban dalam satu nahas di persimpangan anak sungai Kg Jawa ke Ulu Choh berdekatan plaza tol Jeti Kg Durien. Pemandu bot control, Ahmad Tarbil 23, gagal mengawal bot lalu melanggar pembahagi sungai sebelum berpusing 60 kali dan melanggar sebuah bot nelayan.

Saksi kejadian yang tidak mahu dikenali berkata ketika itu Tarbil sedang khusyuk bermain bot controlnya sebelum hilang kawalan dan terbabas. Bot nelayan yang dirempuh itu kemudiannya terbabas ke arah bertentangan sebelum dirempuh sebuah lori treler 30 tan. Tiba-tiba muncul honda cup C60 merempuh lori tersebut menyebabkan lori itu terseret sejauh 800 meter sebelum melanggar tiang elektrik.

Kesemua mangsa nahas sihat walafiat, masih cergas. Kenderaan mereka juga tidak rosak malahan mereka boleh meneruskan perjalanan. Tetapi malang apabila salah seorang daripada 7 orang kanak-kanak yang melalui tempat kejadian menaiki Fixie tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh tiang elektrik itu. Wayar elektrik itu terputus sebelum menyambar 7 ekor budak tu.

Apa yang dikesali ialah penduduk kampung berdekatan tiada bekalan elektrik menyebabkan mereka tidak dapat menonton rancangan kegemaran mereka, tentang Dhia yang juga episod akhir pada hari itu. Penduduk membuat laporan polis di Balai Polis Kg Pisang.

Nama-nama mangsa yang terbunuh ialah 7 orang kerdil, pendek kata yang berlakon cerita Snow White tu. Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Kg Senah untuk dibedah sisat sebelum dituntut keluarga masing-masing.

Jika ada saksi kejadian yang ingin memberi keterangan hubungi talian hotline kami 1300-13-1300.

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...